Quantcast

 iklan

 iklan

Hukum Menyertai Peraduan Teka Bola

by Muhammad Faiz on January 30, 2012

hukum peraduan teka bola

Beberapa hari yang lepas, saya ada membaca satu artikel yang menerangkan tentang hukum menyertai sesuatu peraduan iaitu peraduan teka bola sama ada di dalam surat khabar ataupun di internet. Artikel dan penjelasan itu saya dapati dari surat khabar Harian Metro..

Dalam surat khabar tersebut mempunyai satu ruang untuk para pembaca bertanyakan apa jua masalah sama ada tentang agama, hal peribadi dan sebagainya. Saya tertarik dengan satu persoalan yang di ungkapkan oleh seorang pembaca ini yang mana persoalan itu jugalah yang menjadi tanda tanya kepada saya dan kini terjawab sudah segala persoalan yang terbuku di benak kepala saya. Berikut merupakan hukum menyertai peraduan seumpamanya.

Peraduan meneka yang memerlukan pemikiran dan kemahiran seperti teka silang kata dan teka bola yang tidak membabitkan bayaran kepada pihak lain dengan harapan mendapat wang lebih banyak tidak termasuk judi.

Ia berbentuk peraduan di mana sesiapa saja boleh menyertai tanpa bayaran dan penganjur menyediakan hadiah bagi mereka yang berusaha memberi jawapan tepat. Ia lebih kepada menguji kepandaian, kemahiran dan kebolehan.

Berbeza dengan membeli nombor ekor di mana anda mengeluarkan sejumlah wang untuk bermain supaya dapat wang lebih banyak dan wang akan hilang jika cabutan tidak mengena. Ini jelas termasuk judi dan haram hukumnya.

Bagi yang mencari tentang hukum ini, saya harap anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

{ 2 comments… read them below or add one }

Oneblogsocial April 18, 2013 at 8:13 PM

Terimakasih atas perkongsianya,

Reply

Muhammad Faiz April 18, 2013 at 8:52 PM

sme2…

Reply

Leave a Comment